PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak


Leave a comment

RAMADHAN KARIM

1 Ramadhan 1434

Dari seluruh warga kerja PASTI Perak, mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga madrasah Ramadhan kali ini mengeluarkan kita dari kepompong dan belenggu nafsu dan seterusnya berjaya menjadi insan yang bertaqwa.

Advertisements


Leave a comment

PASTI PERAK DI PESTA SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

20 Syaaban 1434

Buat kesekian kalinya acara dwi tahunan ini pada tahun ini telah diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar , Kedah. Sejak petang semalam lagi para kontinjen mewakili pasukan negeri-negeri seluruh negara telah pun sampai dan membuat pendaftaran pengesahan penyertaan. Tidak ketinggalan PASTI Perak yang tidak pernah putus asa memburu gelaran juara kalau boleh dalam setiap acara bola sepak dan bola jaring.

Akhirnya PASTI Perak berjaya merangkul juara Bola Jaring manakala Bola Sepak kita terlepas peluang, di mana PASTI Pulau Pinang lebih bernasib baik. Apa pun ini adalah pencapaian yang memberansangkan. Justeru Pengarah PASTI Perak mengharapkan agar semua tidak berputus asa dan teruslah berusaha pada masa akan datang.

Kontinjen PASTI Perak di dalam bas untuk bergerak ke Kedah

Kontinjen PASTI Perak di dalam bas untuk bergerak ke Kedah

Gaya bagai pemain profesional

Gaya bagai pemain profesional

Perbarisan kontinjen

Perbarisan kontinjen

Bola jaring Perak 19 Pahang 0

Bola jaring Perak 19 Pahang 0


Leave a comment

ALFATIHAH: AYAHANDA HJ ROSLI KEMBALI KE RAHMATULLAH

14 Syaaban 1434

Ayahanda tercinta kepada orang penting PASTI kita Hj Rosli, telah kembali ke rahmatullah pada malam 23 Jun 2013 tadi. Jenazah akan disembahyang dan disemadikan lebih kurang jam 11.00 pagi ini. Rumah allahyarham terletak di SMTD Jalan Degong, Kampar, berhampiran dengan Kacang Ngan Nyin.

Beliau yang kesedihan mengucapkan jazakallah kepada semua sahabat-sahabat yang telah hadir mengurangkan kesedihannya dan sedikit sebanyak telah menaikkan kembali semangat untuk terus berjuang di jalan Allah sebagaimana wasiat ayahandanya.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan roh ayahanda Hj Rosli agar tergolong dalam kalangan ahli syurga. Insyaallah

Seorang anak yang soleh sedia berkorban untuk orang tuanya

Seorang anak yang soleh sedia berkorban untuk orang tuanya

Selamat disemadikan. Ini bahagiannya, kita tidak pasti lagi

Selamat disemadikan. Ini bahagiannya, kita tidak pasti lagi


Leave a comment

KP PASTI MALAYSIA KEMALANGAN

1 Jumadil Akhir 1434

Ini berita yang diterima melalui Whatsapp ALP PASTI Perak.
Cikgu Hj Hassan Aladi kemalangan di Tanjung Tualang ketika sedang dalam perjalanan untuk melaksanakan tugas. Kini sedang berada di Hospital Batu Gajah. Mengikut Ketua Penerangan PAS Perak, beliau cedera sebahagian besar di mukanya. Beliau telah menerima beberapa jahitan pada bibir dan mulut dan keadaan beliau ketika ini dilaporkan stabil.

Beginilah rupanya keadaan kereta beliau selepas kemalangan

Beginilah rupanya keadaan kereta beliau selepas kemalangan

Keadaan Cikgu Hassan selepas rawatan ditemani Pengarah PASTI Perak

Keadaan Cikgu Hassan selepas rawatan ditemani Pengarah PASTI Perak


Leave a comment

PESTA SUKAN PASTI PERAK 2013

7 Syaaban 1434

sukanpastiperak16062013

Walaupun bahang kesan keputusan PRU13 yang lalu masih dirasai, namun warga PASTI Perak khususnya, tetap komited dengan tugasan yang telah dirancang dan dijadualkan. Pesta Bola Sepak Bola Jaring PASTI Perak kali ini telah diadakan pada 16 Jun 2013 bertempat di Extreme Park, Tambun, Ipoh. Para pasukan telah pun sampai ke tapak pertandingan seawal 7.30 pagi lagi membuktikan semangat kesukanan untuk mengharumkan nama kawasan masing-masing di dalam acara yang diadakan secara dwi tahunan ini.

Salah satu dari  perlawanan bola Jaring

Salah satu dari perlawanan bola Jaring

Perasmian telah disempurnakan oleh YB Us Zawawi Abu Hasan ADUN Semanggol merangkap Ketua Pemuda PAS Perak

Perasmian telah disempurnakan oleh YB Us Zawawi Abu Hasan ADUN Semanggol merangkap Ketua Pemuda PAS Perak

Gimik sepak mula oleh perasmi

Gimik sepak mula oleh perasmi

Bersama sebahagian kontinjen bola sepak

Bersama sebahagian kontinjen bola sepak

Cenderahati tanda penghargaan tidak terhingga dan terima kasih

Cenderahati tanda penghargaan tidak terhingga dan terima kasih

Kontinjen Juara Bola Jaring PASTI Parit Buntar

Kontinjen Juara Bola Jaring PASTI Parit Buntar


Kontinjen Juara Bola Sepak PASTI Tambun

Kontinjen Juara Bola Sepak PASTI Tambun