PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak


Leave a comment

ALFATIHAH: AYAHANDA HJ ROSLI KEMBALI KE RAHMATULLAH

14 Syaaban 1434

Ayahanda tercinta kepada orang penting PASTI kita Hj Rosli, telah kembali ke rahmatullah pada malam 23 Jun 2013 tadi. Jenazah akan disembahyang dan disemadikan lebih kurang jam 11.00 pagi ini. Rumah allahyarham terletak di SMTD Jalan Degong, Kampar, berhampiran dengan Kacang Ngan Nyin.

Beliau yang kesedihan mengucapkan jazakallah kepada semua sahabat-sahabat yang telah hadir mengurangkan kesedihannya dan sedikit sebanyak telah menaikkan kembali semangat untuk terus berjuang di jalan Allah sebagaimana wasiat ayahandanya.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan roh ayahanda Hj Rosli agar tergolong dalam kalangan ahli syurga. Insyaallah

Seorang anak yang soleh sedia berkorban untuk orang tuanya

Seorang anak yang soleh sedia berkorban untuk orang tuanya

Selamat disemadikan. Ini bahagiannya, kita tidak pasti lagi

Selamat disemadikan. Ini bahagiannya, kita tidak pasti lagi


Leave a comment

KP PASTI MALAYSIA KEMALANGAN

1 Jumadil Akhir 1434

Ini berita yang diterima melalui Whatsapp ALP PASTI Perak.
Cikgu Hj Hassan Aladi kemalangan di Tanjung Tualang ketika sedang dalam perjalanan untuk melaksanakan tugas. Kini sedang berada di Hospital Batu Gajah. Mengikut Ketua Penerangan PAS Perak, beliau cedera sebahagian besar di mukanya. Beliau telah menerima beberapa jahitan pada bibir dan mulut dan keadaan beliau ketika ini dilaporkan stabil.

Beginilah rupanya keadaan kereta beliau selepas kemalangan

Beginilah rupanya keadaan kereta beliau selepas kemalangan

Keadaan Cikgu Hassan selepas rawatan ditemani Pengarah PASTI Perak

Keadaan Cikgu Hassan selepas rawatan ditemani Pengarah PASTI Perak