PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

TAZKIRAH HARI INI

Leave a comment

IMG-20130701-WA0005

Advertisements


Leave a comment

TAHUN BARU AZAM BARU

Assalamualaikum w.b.t.

2012 telah pun melabuhkan tirainnya. Kini 2013 datang meski pun tidak diundang. Sudah sunnah-Nya masa tetap berjalan. Allah SWT tidak berkira sangat akan natijahnya. Tetapi di mana kita pada ketika perjalanan masa itu berlaku. Adakah sentiasa berada di landasan Allah SWT dan para rasulnya, atau di landasan toghut semestinya pimpinan iblis laknatullah. ┬áSetiap masa dua sahaja pilihan kita. Kanan atau kiri. Makruf atau pun ‘asi.

PASTInya tahun ini menjanjikan jadual yang Allah SWT telah sediakan mengikut kehendakNya. Apa pun jadual Allah itu, kewajipan kita sebagai hamba untuk redho akan jadual itu. Tahun ini mungkin tahun PRU 13. Semestinya PASTI Perak tidak ketinggalan membantu gerak kerja ke arah kejayaan Islam agar syiarnya terus terpancar.