PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak


Leave a comment

ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2013

10 Zulqaedah 1434

Semalam 15 September 2013 telah mencatatkan sejarahnya. Alam Ria PASTI Peringkat Kebangsaan yang menjadi sebahagian daripada aktiviti melengkapkan kurikulum PASTI telah diadakan di SRA Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. Alhamdulillah berjaya juga PASTI Perak menghantar penyertaan semua acara yang dipertandingkan. Hasilnya, keputusan yang sangat memberangsangkan dan membanggakan juga warga PASTI Perak. Apa pun tahniah atas usaha yang berterusan. Kepada yang tidak berjaya, tahniah juga kerana bersama PASTI Perak untuk membantu memartabatkan pendidikan Islam.

Atas permintaan ramai…..

KEPUTUSAN PENUH ALAM RIA PASTI MALAYSIA

Peserta Sajak

Peserta Sajak

Peserta Bercerita Perempuan

Peserta Bercerita

Peserta nasyid dari PASTI Perak

Peserta nasyid dari PASTI Perak

Juara Kalam Jamaie

Juara Kalam Jamaie

Nasyid
1. Johor
2. Selangor
3. Melaka

Hafazan Lelaki
1. Perak
2. Kelantan
3. Negeri Sembilan

Hafazan Perempuan
1. Selangor
2. Perak
3. Kelantan

Bercerita Lelaki
1. Negeri Sembilan
2. Johor
3. Perak

Bercerita Perempuan
1. Kedah
2. Terengganu
3. Kelantan

Sajak Lelaki
1. Kedah
2. Pahang
3. Pulau Pinang

Sajak Perempuan
1. Selangor
2. Wilayah
3. Pulau Pinang

Azan
1. Kedah
2. Negeri Sembilan
3. Pulau Pinang

Pidato
1. Johor
2. Kedah
3. Perlis

Khutbah
1. Kelantan
2. Kedah
3. Johor

Kalam Jama’ie
1. Perak
2. Selangor
3. Terengganu

Lebih banyak lagi gambar di facebook PASTI Perak
Advertisements


Leave a comment

ALAM RIA PASTI PERAK 2013

24 Syawal 1434

Hari ini 31 Ogos 2013 bertempat di Kolej Multimedia Telekom Malaysia, Taiping, PASTI Perak mengambil kesempatan peristiwa Hari Kebangsaan negara kita untuk mengadakan Alam Ria PASTI 2013 Peringkat Negeri Perak. Acara yang gilang gemilang ini telah disempurkan perasmiannya oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr. Raja Iskandar Al-Hiss.

Semua acara telah mendapat penyertaan yang amat menggalakkan dari seluruh kawasan. Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori acara yang dipertandingkan.

KEPUTUSAN ALAM RIA PASTI PERAK 2013

1.PIDATO

NO NAMA KAWASAN
JOHAN WAN ROSE SHAHIRAH BT KAMARUL AZHAN TAIPING
NAIB JOHAN NURAIN AQILAH BT MOHD KAMAL TG MALIM
KETIGA NUR ANIQAH ANATI BT MOHD ZAMAROL LENGGONG

 2.AZAN

NO NAMA KAWASAN
JOHAN MOHD AIMAN SYAQIRIN B KAMARUDIN LENGGONG
NAIB JOHAN MUHAMMAD FARIS AIMAN B HASBULLAH TAIPING
KETIGA MEGAT IHSAN B AHMAD AFFANDI PARIT

 3.KHUTBAH

NO NAMA KAWASAN
JOHAN MUHAMMAD HAZIQ AKMAL B ZAINUL ABIDIN TAIPING
NAIB JOHAN AHMAD DANISH BASYIR B NASARUDDIN K.KANGSAR
KETIGA RAEID B AMINUDDEEN LENGGONG

 4.BERCERITA (L)

NO NAMA KAWASAN
JOHAN MUHAMMAD DANIAL IKHWAN B MOHD FAIRUZ LENGGONG
NAIB JOHAN MOHD QAWIEM ATHIF B YUZAIDI TG MALIM
KETIGA MOHD AFIQ SYAHMI B NOR AZRIL TAIPING

 5.BERCERITA (P)

NO NAMA KAWASAN
JOHAN WAFDA SAKINA BT ZAINAL AZIRA LUMUT
NAIB JOHAN KHADIJAH BT MOHD LATIF TAMBUN
KETIGA IZZAH AWATIF BT MOHD FAUZI TG MALIM

 6.SAJAK (L)

NO NAMA KAWASAN
JOHAN MUHAMMAD NABIL HARIS PARIT BUNTAR
NAIB JOHAN MUHD AMAR MULHIM B RAFAIE KUALA KANGSAR
KETIGA MUHAMMAD HAZIM B MOHAMAD SAID PARIT

 7.SAJAK (P)

NO NAMA KAWASAN
JOHAN HANIS AZLIN BT AZMI BAGAN SERAI
NAIB JOHAN NOR AISYA NABILA BT SUKARDI TELUK INTAN
KETIGA NUR INSYIRAH BT MOHD FADIL PARIT BUNTAR

 8.HAFAZAN (L)

NO NAMA KAWASAN
JOHAN MUHAMMAD FARHAN AFNAN B MUHAMMAD FARIS TAIPING
NAIB JOHAN ABU UBAYDAH B MOHD AZAHARI TG MALIM
KETIGA AHMAD NUR ABRAR B AZIZAN PARIT BUNTAR

 9.HAFAZAN (P)

NO NAMA KAWASAN
JOHAN NABILAH SOLEHAH BT MOHD SYAHRIZAL KUALA KANGSAR
NAIB JOHAN NUR UMAIRAH BT AZRUL AZMIR BUKIT GANTANG
KETIGA AFWAH BT ABD UR-RAHMAN GOPENG

 10.NASYID

NO KAWASAN
JOHAN BAGAN SERAI
NAIB JOHAN PARIT BUNTAR
KETIGA TAIPING

11.KALAM JAMAIE

NO KAWASAN
JOHAN TAIPING
NAIB JOHAN PARIT BUNTAR
KETIGA GERIK

12.JOHAN KESELURUHAN – PASTI KAWASAN TAIPING

Lebih banyak gambar layari di facebook PASTI Perak

1234641_342724479195766_460494012_n 1236787_398930936895571_2091824388_n 1012499_294195344053774_1240988218_n 1186194_299112823562026_1218836766_n
1231308_505179689576348_671469322_n
1174561_505176839576633_1397677530_n


Leave a comment

PASTI PERAK DI PESTA SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

20 Syaaban 1434

Buat kesekian kalinya acara dwi tahunan ini pada tahun ini telah diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar , Kedah. Sejak petang semalam lagi para kontinjen mewakili pasukan negeri-negeri seluruh negara telah pun sampai dan membuat pendaftaran pengesahan penyertaan. Tidak ketinggalan PASTI Perak yang tidak pernah putus asa memburu gelaran juara kalau boleh dalam setiap acara bola sepak dan bola jaring.

Akhirnya PASTI Perak berjaya merangkul juara Bola Jaring manakala Bola Sepak kita terlepas peluang, di mana PASTI Pulau Pinang lebih bernasib baik. Apa pun ini adalah pencapaian yang memberansangkan. Justeru Pengarah PASTI Perak mengharapkan agar semua tidak berputus asa dan teruslah berusaha pada masa akan datang.

Kontinjen PASTI Perak di dalam bas untuk bergerak ke Kedah

Kontinjen PASTI Perak di dalam bas untuk bergerak ke Kedah

Gaya bagai pemain profesional

Gaya bagai pemain profesional

Perbarisan kontinjen

Perbarisan kontinjen

Bola jaring Perak 19 Pahang 0

Bola jaring Perak 19 Pahang 0


Leave a comment

Takziah kepada Adik Muhammad Hafiz & Keluarga

09 Rabiulakhir 1433H

Jabatan PASTI Perak mengucapkan takziah kepada murid PASTI Al-Badr, Kampar dan keluarganya yang kehilangan bapa tercinta malam tadi. Bapa kepada Muhammad Hafiz iaitu Allahyarham Shahrul Nizam bin Haji Othman meninggal dunia malam tadi di Hospital Ipoh akibat penyakiy kencing manis dan komplikasi buah pinggang.

PASTI Perak yang diwakili oleh Saudara Abdul Manaf Ismail, Pengerusi PASTI Kawasan Kampar telah menziarahi Muhammad Hafiz dan datuknya di Taman Melayu Jaya, Kampar selepas solat Asar tadi. Selain menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati, sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Malaysia turut diserahkan kepada Muhammad Hafiz yang diwakili oleh datuknya.

Semoga Muhammad Hafiz dan ibunya bersabar menghadapi dugaan ALLah SWT dan dikurniakan keberkatan sepanjang hidup mereka berkat kesabaran itu.

 


Leave a comment

Penyerahan TKP Oleh Ketua Pemuda PAS Perak

Adik Mohd Ali Idham bergambar dengan Pengerusi PASTI kawasan Bagan Serai, KP Perak, Pengurus PASTI Jabal Nur dan Pemangku Ketua MGP kawasan.

Pada 16 September 2011, jam 3 petang Ketua Pemuda PAS Perak bersama Pengerusi PASTI Kawasan, Pemangku Ketua MGP Kawasan, AJK Muslimat Kawasan, Pengurus PASTI Jabal Nur serta AJK PASTI Kawasan Bagan Serai telah menziariahi pelajar PASTI adik Mohd Ali Idham di Gunung Semanggol.

Mohd Ali Idham bin Abdullah (5 tahun)adalah pelajar PASTI Jabal Nur Gunung Semanggol.  Pada 11 Ogos 2011 ibu kandung adik Mohd Ali Idham telah kembali ke rahmatullah setelah menderita kerana penyakit talasemia positif yang dihidapinya.  Lebih malang lagi sebelum itu adik Mohd Ali Idham dan ibunya tersisih dari keluarga akibat dari keluarga yang bermasalah, ibunya telah bercerai sejak tahun 2009.  Adik Mohd Ali Idham dan ibunya yang menderita sakit talasemia menumpang teduh bersama keluarga Kak Aziah yang memelihara mereka berdua seperti keluarga sendiri dan sekarang adik Mohd Ali Idham terus tinggal bersama Kak Aziah dan suaminya yang kebetulan mereka tidak mempunyai anak.  Adik Mohd Ali Idham juga disahkan mengidap talasemia negetif yang perlu penjagaan teliti terutama pada makanan dan faktor sekitaran.

KP Pemuda telah menyerahkan sumbangan TKP dan sumbangan DPPK Bagan Serai serta hamper dari PASTI Jabal Nur.  Adik Mohd Ali Idham kelihatan ceria tapi sering menjauhkan diri kerana kurang senang dengan kehadiran ramai orang.  Semoga Kak Aziah dan suami dilimpahi rezeki kerana sudi menjaga adik Mohd Ali Idham seperti anak sendiri.

 

 


Leave a comment

Murid PASTI Mati Lemas

Isnin 19 Jumadilakhir 1432H

Pagi ini kami menerima suatu berita sedih. Petang kelmarin seorang murid PASTI Nurul Jihad, Padang Rengas mati lemas setelah terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumahnya di Kampung Lalang, Padang Rengas.

Haji Zubir Bercerita

PASTI Perak telah menziarahi keluarga itu selepas solat Maghrib. Sebelum itu, pengurusan PASTI cawangan dan kawasan telah bersama dengan komuniti Padang Rengas berusaha mencari mayat Adik Haikal sepanjang sungai tersebut

Suasana Ziarah

Mangsa merupakan cucu kesayangan datuknya, Haji Zubir yang telah memeliharanya sejak dilahirkan. Ibu Allahyarham menetap di Puchong, Selangor. Menurut Haji Zubir, dia menyedari kehilangan cucunya itu pada pukul 6.30 petang hari Ahad. ketika itu air sungai begitu deras akibat hujan lebat di hulu sungai. Beliau telah membuat laporan ke pada pihak polis pada jam 10.00 malam  selepas usaha beliau dan ahli keluarga mencari cucunya itu tidak berjaya .

Akhirnya mayat dijumpai oleh sepasukan sukarelawan pada jam 10.20 pagi tadi. Selepas selesai urusan post mortem di Hospital Kuala kangsar, jenazah ALLahyarham Mohd Haikal disemadikan di tanah perkuburan KampungLalang pada jam 4.30 petang.

Dalam kunjungan itu, Jabatan PASTI Perak telah menyampaikan wang sumbangan daripada Tabung Kebajikan PASTI Malaysia kepada Haji Zubir,  sebagai tanda simpati seluruh warga PASTI ke atas musibah yang terjadi itu.

Sumbangan TKPM

Semoga ALLah menempatkan roh ALLahyarham Haikal ke dalam syurga Jannatul Na’im.

Selepas ditemui


Leave a comment

Ziarah Kematian Murid PASTI Taiping

Jumaat 06 Mei 2011

Petang ini rombongan Jabatan PASTI Perak berkesempatan menziarahi keluarga Almarhum Adik Muhamad Iman Hakim bin Faizal yang meninggal dunia awal bulan lepas.

Cikgu Faizal sudi meluangkan masa bercerita tentang kenangan manis bersama anakandanya itu. Meskipun kami tidak sempat mengenali Almarhum tetapi dari pengisahan yang diceritakan oleh Cikgu Faizal mendekatkan kami dengan Almarhum Adik Iman.

Timbalan Pengarah PASTI Perak telah menyampaikan cek sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Malaysia kepada Cikgu Faizal. Semoga keluarga ini sentiasa mendapat perlindungan ALLah SWT.

Sdr Ridzuan & Cikgu Faizal