PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

SELAMAT HARI GURU

Leave a comment

2 Rejab 1434

Bertarikh 12 Mei 2013 bertempat di Dewan Besar Lawin, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI peringkat negeri Perak. Majlis yang gilang gemilang tersebut telah diserikan dengan kehadiran Pengarah PASTI Malaysia.

Di dalam ucapannya beliau telah mengimbau perkembangan PASTI dahulu dan sekarang. Perkembangan terkini termasuklah mengadakan kerjasama pendidikan antara bangsa yang sedang dalam perbincangan. Selain daripada itu Pengarah PASTI Perak turut meberi ucapan yang berupa ransangan kepada para guru. Antaranya beliau menyatakan bahawa betapa beruntungnya menjadi Guru PASTI kerana ilmu yang diajarkan PASTInya akan diamalkan untuk kehidupan duniawi dan lebih-lebih lagi sebagai bekalan ukhrawi.

Pelbagai anugerah telah disediakan di samping pertandingan-pertandingan yang pastinya mencungkil bakat terpendam dan menguji kehebatan guru-guru sekalian.

Suka diingatkan di sini, biar pun pelbagai anugerah yang disediakan, bukanlah bermakna yang tidak berjaya tidak layak, tetapi kurang bertuah sahaja. Pihak PASTI Perak telah mengenalpasti dengan teliti dan susah payah juga di dalam memilih para guru-guru yang bertuah. Berikut adalah senarai penyandang anugerah yang bertuah.

GURU CEMERLANG KAWASAN 2013

Bil Kawasan Nama guru cemerlang
1 Bgn Datoh PARIDAH BT SARPAN
2 Bgn Serai SITI SALMAH BT AHMAD
3 Batu Gajah SITI AMINAH BT NURHAIZAN
4 Beruas NORANIAH BT MAT SAH
5 B. Gantang SAADIAH BT DOLLAH
6 Gerik LATIFAH BT MAT JUDIN
7 Gopeng RASITAH BT KASIM
8 Ipoh Timur LIZA BT AHMAT
9 Kampar MAIZATUL FAZREEN BT MOHD TAMIN
10 K. Kangsar HASNIDA BT CHE SAB
11 Larut ZALEHA BT KULOP
12 Lenggong ZAINAB BT AHMAD
13 Lumut ROHANI BT ABD RAHMAN
14 P. Rengas SALASIAH BT ABU BAKAR
15 Parit RAMLAH BT BAHARI
16 Parit Buntar YUSNAINI BT YUSOF
17 Pasir Salak ROKIAH BT ABDUL RAZAK
18 Sg.Siput (U SALBIAH BT IBRAHIM
19 Taiping SHAFINAZ BT SAFIE
20 Tambun NOR AZNIN ASBAHA BT MOHD ALI
21 Tg.  Malim UMMI NADIRAH BT BAHARUDIN
22 Tapah KHAIRUNNISA BT PEFAI
23 Teluk Intan SITI  KHATIJAH BT IBRAHIM

Guru Paling Lama Berkhidmat:
SITI PATIMAH BT MOHD NOOR  (TAIPING)

Tokoh Guru Mujahidah:
ROHANI BT SIBONA (TAMBUN)

Tokoh Guru PASTI Perak:
SHAFINAZ BT SAFIE ( TAIPING)

Di samping pelbagai anugerah yang disediakan Jawatan Kuasa Kerja PASTI Perak, terdapat juga beberapa acara yang disediakan untuk mencabar minda para guru-guru PASTI untuk menceburi, antaranya acara masakan terbaik, pelbagai gubahan, Kreativiti ABM dan sebagainya.

Pengacara majlis tidak lekang dengan gurau sendanya
Pengacara majlis tidak lekang dengan selokanya
Tetamu kehormat yang merupakan tunjang kepada PASTI
Tetamu kehormat yang merupakan tunjang kepada PASTI
Sebahagian ALP yang hadir
Sebahagian ALP yang hadir
DSC_0004
Sebahagian guru-guru PASTI yang diraikan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s