PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Sudah Lama Tidak Update

Leave a comment

Sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal pentadbir tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Mohon maaf di atas kekurangan tersebut yang berpunca daripada dirinya sendiri. Apapun didoakan agar segala susah payah antum semua sepanjang bulan yang penuh rahmat dan keberkatan itu mendapat ganjaran yang besar-besar sesuai dengan hadith rasulullah S.A.W. yang mafhumnya “Bahawasanya puasa itu adalah untuk Allah, maka terpulang kepada Allah jua hendak beri ganjaran mengikut kesukaannya”.

Di samping itu, bersempena Syawal yang semakin di penghujung ini, ingin pentadbir berpesan agar warga PASTI sekalian tetaplah istiqamah di dalam segala amal soleh yang telah dimadrasahkan sepanjang sebulan Ramadhan yang lalu. Moga dengan itu akan dapatlah kita semua mendapat bekal yang sebaik-baiknya untuk perhitungan di hari yang tiada berguna satu pun harta dan anak pinak melainkan mereka yang datang kepada-Nya dengan hati yang sejahtera.

Wallahu’a’-lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s