PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Usrah Perdana dan Sambutan Hari Guru PASTI Perak 2012

1 Comment

27 Jamadilakhir 1433

19 Mei 2012 merupakan tarikh bersejarah bagi guru-guru PASTI Perak kerana pada hari tersebut mereka telah diraikan di dalam satu majlis yang gilang gemilang di Pusat Khidmat Masyarakat Kota Lama Kiri (PAKAT). Sebelum anugerah disampaikan, para tenaga penggerak PASTI Perak telah diberi taujihat melalui usrah perdana yang disampaikan oleh YDP PAS Padang Rengas. Pada hari tersebut pelbagai anugerah telah disediakan untuk semata-mata menghargai mereka yang telah berusaha gigih tetapi dengan seikhlas yang mungkin tanpa mengharapkan habuan kecil di dunia. Pun begitu tidak bermakna mereka yang tidak menerima anugerah tidak dihargai, tetapi anugerah di kalangan penduduk di langit, lebih-lebih lagi di sisi Allah SWT tentulah lebih bermakna kerana ia menjadi saksi untuk kita di akhirat yang tentulah lebih kekal abadi. Demikian ungkapan Pengarah PASTI Perak bagi memberi semangat kepada sekalian yang hadir untuk terus istiqamah di dalam perjuangan ini. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Perak yang sudi merasmikan dan menyerikan majlis tersebut. Di dalam ucapannya PASTI amat dikagumi oleh kawan dan lawan kita di dalam politik. Hatta sehingga untuk memenuhi NKRA negara mereka telah cuba mendapatkan maklumat  PASTI. Walhal PASTI tidak pernah menggunakan peruntukan negara untuk beroperasi. Justeru tiada alasan maklumat berharga PASTI diperlukan. Di samping itu Ketua Dewan Muslimat PAS Perak diiringi saudaranya juga tidak lokek masa telah hadir untuk sama-sama menyaksikan dan memberikan sokongan. Menariknya kali ini ialah cabutan bertuah khas untuk pada pendidik PASTI Perak yang agak lumayan. Dimaklumkan lebih 50 hadiah telah disediakan oleh para ALP yang bernilai sekurangnya RM30 setiap satu.

Usrah Perdana dan Hari Guru PASTI Perak 2012

Antara hadirin yang hadir

Dif-dif kehormat

Dif – dif kehormat

Mendengar taujihat

Antara anugerah yang bakal dianugerahkan

Hadiah untuk cabutan bertuah. Banyak juga.

Pengerusi Majlis mantap dengan selokanya

One thought on “Usrah Perdana dan Sambutan Hari Guru PASTI Perak 2012

  1. Mohon tukar link bagi blog pasti Lumut.. Link yang baru http://pastilumut.blogspot.com/

    juga email pasti lumut yang baru.. pastilumut@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s