PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Perginya Seorang Permata PASTI

Leave a comment

Jumaat 8 Jumadilawal

Petang ini kira-kira jam 4.56 petang seorang penggerak PASTI Ammar, Kawasan Gopeng telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Almarhum Ustaz Haji Fahme Zakaria, 75 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Batu Gajah akibat serangan angin ahmar.

Semasa hayatnya Almarhum yang merupakan pengasas kepada PASTI Kawasan Gopeng, senantiasa berusaha memastikan prasarana PASTI Ammar lengkap dan memenuhi citarasa masayarakat setempat. Malahan, dua orang puterinya diberikan motivasi supaya mengajar di PASTI tersebut iaitu, Ustazah Safinaz dan Cikgu Fazliana.

Berdasarkan dedikasi dan sumbangannya, PASTI Malaysia telah menganugerahkan Almarhum SEBAGAI ‘Tokoh Penggerak PASTI Perak’ sempena Sambutan 25 Tahun PASTI Malaysia di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2009 yang lalu.

Menurut anak lelakinya, Muhammad Firdaus yang kini memmegang jawatan sebagai Pengerusi PASTI Kawasan Gopeng, hingga ke saat-saat akhir ayahandanya tetap datang ke PASTI Ammar untuk menyiapkan beberapa binaan kecil bagi melengkapkan prasarana di PASTI tersebut. PASTI Ammar baru sahaja selesai melakukan urusan pembelian secara ansuran premis kekal iaitu rumah teres setingkat di Taman Pinji Perdana, Ipoh atas komitmen Almarhum Haji Fahme sekeluarga. Justeru, untuk melangsaikan baki bayaran ansurannya, sumbangan para dermawan amat diperlukan. Sila hubungi Ustazah Safinaz di talian 019 5491794 dan Muhammad Firdaus 013 4050158.

Semoga ALLah memasukkan roh Almarhum Haji Fahme ke dalam golongan hambanYa yang beriman dan para syuhada. Jabatan PASTI Perak menguycapkan takziah kepada keluarga Almarhum Haji Fahme Zakaria.

Sumbangan TKP PASTI Perak kepada Ustazah Safinaz Haji Fahme

Rombongan Ziarah Pesuruhjaya PAS Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s