PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Jasamu Dikenang

Leave a comment

26 Rabiulawwal 1433

Ahli Lembaga Pengarah PASTI Perak telah bermesyuarat buat kali ke dua bagi sesi 2012 pada 19 Febuari yang lalu di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Uniknya kali ini buat kali pertama dipengerusikan oleh Pengarah PASTI Perak yang baru. Walaupun hanya beberapa tahun di dalam Jabatan PASTI, namun kepercayaan yang diberikan terhadap beliau amat tinggi menyebabkan jawatankuasa kerja DPP Perak memilih beliau untuk terus menerajui kecemerlangan kepimpinan PASTI Perak.

Sebelum memulakan mesyuarat beliau telah memberikan tazkirah yang merupakan kata-kata nasihat sebagai pedoman sepanjang perjalanan di dunia dan akhirat.

Seusai mesyuarat diadakan pula majlis ‘Jasamu Dikenang’ bagi mengenang jasa Tn Hj Hasan mantan Pengarah PASTI Perak yang lalu. Peralihan pimpinan ini bukan bermakna besaranya beliau dari arena PASTI, tetapi kerana amanah yang lebih berat telah dikurniakan kepada beliau untuk merencana dan melaksanakan kecemerlangan PASTI di peringkat yang lebih tinggi. Di dalam ucapannya beliau yang kini Pengarah PASTI Malaysia telah menegaskan bahawa setiap dari kalangan kita mestilah ada memikirkan kepentingan jamaah sekurang-kurangnya sejam setiap hari. Hanya dengan cara ini barulah islam akan mencapai kegemilangannya. Beliau bersyukur kerana di saat perletakan jawatan Pengarah PASTI Perak, beliau telah meninggalkan jentera-jentara yang mantap. Justeru diharapkan kecemerlangan PASTI Perak akan dapat diteruskan walaupun peralihan kepimpinan berlaku.

Turut hadir di dalam majlis ialah saudara Setiausaha dan Penolong Setiausaha DPP Perak. DPP Perak berharap agar kepimpinan PASTI Perak yang baru dapat meneruskan kecemerlangan seperti yang telah diusahakan oleh Tn Hj Hasan malah agar lebih baik lagi.

Menariknya majlis ini diadakan upacara serahan dokumen sebagai simbolik berlakunya peralihan kepimpinan secara rasmi di antara peneraju yang lama dengan yang baru.

Pengarah baru dan muda

Mantan sedang menasihatkan

Memberi tumpuan kepada mesyuarat

MGP Perak

Peneraju lama menandatangan dokumen serahan tugas

Serahan dokumen simbolik penyerahan tugas

Giliran yang baru pula

Yang baru menerima amanah secara rasmi

Peralihan kepimpinan

Tanda kenang-kenangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s