PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Sebaik-baik Perbekalan Adalah Taqwa

Leave a comment

20 Safar 1433

Suasana di Rumah PASTI Perak agak tenang. Edaran perbekalan PASTI 2012 telah bermula sejak dari awal pagi lagi. Semasa perbekalan kali ini saudara Ridhuan telah mendapat bantuan dua orang anak muda dari kawasannya. Mereka telah bertungkus lumus membantu untuk mengira setiap item perbekalan yang diperlukan oleh kawasan-kawasan di negeri Perak ini. Setelah siap  jumlah itu dipastikan, barulah pembantu pejuang PASTI kawasan masing-masing diluluskan mengambil item tersebut untuk dimuatkan di dalam pengangkutan masing-masing. Bila telah lengkap semuanya, barulah boleh pulang ke kawasan untuk diagihkan ke unit-unit PASTI masing-masing.

Rutin PASTI begitulah adanya. Saban tahun itulah jerih perih, penat lelah pengurusan PASTI setiap kali sesi persekolahan bermula. Susah manapun pengurusan berbekalan PASTI, matlamatnya sama. Mencari redha Allah S.W.T. dan memastikan PASTI sentiasa di sanubari ibu bapa di luar sana sedaya yang mampu. Harapannya agar anak-anak murid yang dididik di PASTI mampu pula menjadikan taqwa sebaik-baik bekalan sama ada kehidupan di dunia mahupun akhirat. Semoga kesusahan dan kepayahan selama ini menjadi bukti untuk dipersembahkan di hadapan Allah di hari akhirat kelak seterusnya menjadi benteng kepada api neraka wal’iyadzubillah.

Rakaman kesusahan ini tiada dapat disediakan dalam bentuk visual kerana insan yang memegang amanah alpa untuk mengiringkan bersama-sama lensa tercintanya. Bayangkan sahaja di dalam minda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s