PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Memastikan PASTI

Leave a comment

30 Muharram 1433

PASTI Perak sudah mula mengedarkan buku transisi khusus untuk pelajar 5 dan 6 tahun ke kawasan-kawasan pada hari Isnin yang lalu. Pengagihan adalah berdasarkan unjuran jumlah murid pada sesi persekolahan PASTI yang lalu. Buku ini adalah umpama orientasi kepada bakal-bakal murid PASTI sebagai persediaan untuk mengikuti silibus sebenar PASTI yang akan bermula tidak lama lagi. Para pengerusi kawasan sudah mula mendapatkan buku tersebut seawal jam 10.00 pagi lagi.

Selepas edaran tersebut, para ALP Perak akan bermesyuarat pula kali pertama bagi tahun 2012. Mesyuarat yang dipengerusikan Pengarah PASTI Perak kali ini antara lain menekankan pengurusan yang lebih teratur agar PASTI Perak khususnya mampu mencapai KPI yang ditetapkan sebagaimana di dalam manual pengurusan PASTI yang telah dilancarkan beberapa hari lepas.

Tonggak PASTI Perak yang juga merangkap PASTI Malaysia

Begitulah rutin saban tahun warga pengurusan PASTI. Semuanya semata-mata demi memastikan PASTI sentiasa berada di tahap yang membanggakan tidak hanya penduduk bumi bahkan penduduk di langit. Seusai mesyuarat, taujihat yang merupakan kata-kata pemberi semangat disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Perak yang telah sudi meluangkan masa walaupun semua sedia maklum akan kesibukan yang melanda di saat-saat akan hampirnya musim pilihanraya seperti yang diangin-anginkan.

Taujihat yang membakar semangat

Pejuang PASTI Perak

Barisan ALP PASTI Perak 2012 bersama Ketua Pemuda PAS Perak

Pastinya PASTI tidak lekang dek hujan, tak usang dek panas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s