PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Penyerahan TKP Oleh Ketua Pemuda PAS Perak

Leave a comment

Adik Mohd Ali Idham bergambar dengan Pengerusi PASTI kawasan Bagan Serai, KP Perak, Pengurus PASTI Jabal Nur dan Pemangku Ketua MGP kawasan.

Pada 16 September 2011, jam 3 petang Ketua Pemuda PAS Perak bersama Pengerusi PASTI Kawasan, Pemangku Ketua MGP Kawasan, AJK Muslimat Kawasan, Pengurus PASTI Jabal Nur serta AJK PASTI Kawasan Bagan Serai telah menziariahi pelajar PASTI adik Mohd Ali Idham di Gunung Semanggol.

Mohd Ali Idham bin Abdullah (5 tahun)adalah pelajar PASTI Jabal Nur Gunung Semanggol.  Pada 11 Ogos 2011 ibu kandung adik Mohd Ali Idham telah kembali ke rahmatullah setelah menderita kerana penyakit talasemia positif yang dihidapinya.  Lebih malang lagi sebelum itu adik Mohd Ali Idham dan ibunya tersisih dari keluarga akibat dari keluarga yang bermasalah, ibunya telah bercerai sejak tahun 2009.  Adik Mohd Ali Idham dan ibunya yang menderita sakit talasemia menumpang teduh bersama keluarga Kak Aziah yang memelihara mereka berdua seperti keluarga sendiri dan sekarang adik Mohd Ali Idham terus tinggal bersama Kak Aziah dan suaminya yang kebetulan mereka tidak mempunyai anak.  Adik Mohd Ali Idham juga disahkan mengidap talasemia negetif yang perlu penjagaan teliti terutama pada makanan dan faktor sekitaran.

KP Pemuda telah menyerahkan sumbangan TKP dan sumbangan DPPK Bagan Serai serta hamper dari PASTI Jabal Nur.  Adik Mohd Ali Idham kelihatan ceria tapi sering menjauhkan diri kerana kurang senang dengan kehadiran ramai orang.  Semoga Kak Aziah dan suami dilimpahi rezeki kerana sudi menjaga adik Mohd Ali Idham seperti anak sendiri.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s