PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Pesta Bola PASTI Perak 2011

Leave a comment

Sabtu 16 Rejab 1432H

Seawal jam 8.00 pagi kontinjen PASTI kawasan-kawasan telah mula membanjiri persekitaran Extreme Park Sunway City, Tambun bagi menjayakan Pesta Bola PASTI Perak tahun ini.

Pesta ini menghimpunkan 20 kawasan seluruh negeri Perak bermula dari Tanjung Malim  hingga ke Gerik dan Parit Buntar di utara Perak.

Ucapan Perasmian

Perasmian disempurnakan oleh AF Ustaz Haji Misbahul Munir, bekas Setiausaha Perhubungan PAS Perak. Untuk pengetahuan semua, beliau  merupakan Setiausaha PASTI Perak yang pertama sekitar tahun 1988. Ucapan aluan turut disampaikan oleh AF Ustaz zawawi Hasan, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak disamping aluan Pengarah PASTI Perak merangkap Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Haji Hasan Aladi.

Aksi Striker Hebat !

Setakat ini, program ini merupakan program terbaik peringkat negeri kernan  dapat menghimpunkan kira-kira satu ribu pendokong dan warga PASTI seluruh negeri. Para ibu bapa dan penjkaga mengambil kesempatan membawa anak-anak melancong ke Bandar Raya Ipoh melalui penyeertaan di dalam pesta ini.

 

Johan Bola Jaring - Lumut

Johan Bola Sepak - PASTI Taiping

Program berakhir kira-kira jam lima petang dengan keputusan seperti berikut

  • Bola Sepak

  • Johan — PASTI Taiping
  • Naib Johan — PASTI Tambun
  • Ketiga  –  PASTI Kuala Kangsar
  • Keempat  –  PASTI Batu Gajah
  • Bola Jaring

  • Johan — PASTI Lumut
  • Naib Johan — PASTI Parit Buntar
  • Ketiga  –  PASTI Parit
  • Keempat  –  PASTI Gerik

Tahniah kepada semua ! Terutama kepada PASTI Kawasan Tambun selaku jawatankuasa pelaksana yang diketuai oleh Encik Mohd Hadhri bin Ab Majid

Semoga pasukan yang berjaya menjadi johan akan menggandakan latihan bagi memenangkan PASTI Perak di dalam Pesta Bola PASTI Malaysia hari Sabtu 25 Jun hadapan di Kuala Terengganu.

Solat tetap diutamakan walaupun bola...

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s