PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Takziah kepada Keluarga Ustazah Aminah, PASTI Tanjung Malim.

1 Comment

Khamis 14 Rejab 1432H – 16 Jun 2011

Malam ini kami menerima suatu berita sedih daripada Pengerusi PASTI Tanjung Malim. Guru PASTI Al-Hilal, Felda Besout 2, Tanjung Malim, Ustazah Aminah bt Abdullah telah kembali ke rahmatuLLah di rumahnya.

Seluruh warga PASTI Perak turut bersedih dengan pemergian itu dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga almarhumah.

Almarmumah merupakan guru PASTI paling lama bertugas dan menabur budi di PASTI Kawasan Tanjung Malim. Pemergiannya amat dirasai oleh semua warga PASTI dan penduduk Feda Besout 2.

Semoga ALLah menempatkan roh almarhumah ke dalam golongan hambaNya yang beriman.

Jabatan PASTI Perak yang diwakili oleh Pengarah dan Bendahari berkesempatan hadir ketika jenazah Almarhumah dikebumikan.

Selepas itu rombongan telah pergi ke rumah Almarhumah untuk bertemu sendiri dengan suami dan keluarga Almarhumah Ustazah Aminah.

Pada penghujung ziarah itu, Pengarah telah menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Malaysia kepada suami Almarhumah sebagai tanda simpati dan penghargaan PASTI Perak dan Malaysia kepada jasa Almarhumah mendidik anak-anak di PASTI Al-Hilal, Besoout 2.

KP & Unit Amal Tg Malim

Bersemadilah . . .. .

Di Rumah Almarthumah
Tahlil di Pusara

KP PASTI & Suami Almarhumah

Penyampaian Sumbangan TKP Malaysia

One thought on “Takziah kepada Keluarga Ustazah Aminah, PASTI Tanjung Malim.

  1. Allahyarhamah akan dikebumikan pagi esok, insyaAllah. Beliau telah berkhidmat selama 17 thn dan bangunan PASTI Besout 2 sekarang adalah sbhagian rumahnya yg diwakafkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s