PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Murid PASTI Mati Lemas

Leave a comment

Isnin 19 Jumadilakhir 1432H

Pagi ini kami menerima suatu berita sedih. Petang kelmarin seorang murid PASTI Nurul Jihad, Padang Rengas mati lemas setelah terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumahnya di Kampung Lalang, Padang Rengas.

Haji Zubir Bercerita

PASTI Perak telah menziarahi keluarga itu selepas solat Maghrib. Sebelum itu, pengurusan PASTI cawangan dan kawasan telah bersama dengan komuniti Padang Rengas berusaha mencari mayat Adik Haikal sepanjang sungai tersebut

Suasana Ziarah

Mangsa merupakan cucu kesayangan datuknya, Haji Zubir yang telah memeliharanya sejak dilahirkan. Ibu Allahyarham menetap di Puchong, Selangor. Menurut Haji Zubir, dia menyedari kehilangan cucunya itu pada pukul 6.30 petang hari Ahad. ketika itu air sungai begitu deras akibat hujan lebat di hulu sungai. Beliau telah membuat laporan ke pada pihak polis pada jam 10.00 malam  selepas usaha beliau dan ahli keluarga mencari cucunya itu tidak berjaya .

Akhirnya mayat dijumpai oleh sepasukan sukarelawan pada jam 10.20 pagi tadi. Selepas selesai urusan post mortem di Hospital Kuala kangsar, jenazah ALLahyarham Mohd Haikal disemadikan di tanah perkuburan KampungLalang pada jam 4.30 petang.

Dalam kunjungan itu, Jabatan PASTI Perak telah menyampaikan wang sumbangan daripada Tabung Kebajikan PASTI Malaysia kepada Haji Zubir,  sebagai tanda simpati seluruh warga PASTI ke atas musibah yang terjadi itu.

Sumbangan TKPM

Semoga ALLah menempatkan roh ALLahyarham Haikal ke dalam syurga Jannatul Na’im.

Selepas ditemui

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s