PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Sambutan Hari Guru PASTI Perak 1432H/2011

Leave a comment

Ahad 11 Jumadilakhir 1432H, 15 Mei 2011

Pentas Utama


Pagi ini berlangsung sambutan Hari Guru PASTI Negeri Perak bertempat di Hotel Seri Malaysia. Tempat ini dipilih untuk memberikan keselesaan kepada semua guru PASTI dan sebagau tanda pengiktirafan jasa-jasa mereka mendidik Tunas Islam saban tahun

Sebahagian ALP & Guru-guru PASTI

Seawal jam 9.30 pagi majlis telah bermula dengan slot Usrah Perdana MGP Perak. Taujihat disampaikan oleh Al-fadhil Tuan Haji Hasan Aladi, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan PASTI Malaysia. Kehadiran pagi ini begiru menggalakkan sehingga memenuhi dewan besar Hotel Seri Malaysia ini.

Nyanyian Lagu Rasmi PASTI & Negaraku

Ikrar Guru PASTI

Hormat Lagu Rasmi

Selepas minum pagi. bermulalah acara hari guru. Ucapan-ucapan disampaikan oleh Pengerusi MGP Perak, Puan Faridah Dawam diikuti oleh ucapan Pengarah PASTI Perak. Selepas itu Saudara Salman Salleh menyampaikan ucapan mewakili DPP Perak.

Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Haji Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak. Di dalam ucapannya beliau merakamkan penghargaan daripada seluruh kepimpinan PAS Perak terhadap budi dan jasa guru-guru PASTI baik di dalam bidang pendidikan mahupun di bidang siasah dan dakwah. Beliau menyeru semua guru PASTI agar sentiasa berusaha menambah ilmu-ilmu agama agar tugas seharian menjadi bertambah mantap dan semangat jihad ditingkatkan setiap hari.

Anugerah Tokoh Guru PASTI Perak pada tahun ini disandang oleh Cikgu Faridah Salamon daripada PASTI Kawasan Lumut. Guru paling lama berkhidmat pula dianugerahkan kepada Cikgu Hasna Abdul Rani daripada PASTI Kuala Kangsar. Majlis pada tahun ini juga telah menyenaraikan semual hadiah khas guru mujahidah. Sebelum itu, seramai 22 orang tokoh guru cemerlang mengikut kawasan telah menerima hadiah penghargaan masing-masing daripada Jabatan PASTI Perak.

Semoga majlis sambutan pada tahun ini menjadi kenangan manis kepada semua yang hadir. tahniah kepada semua yang telah berjaya! Kami mendoakan agar ALLah memberikan kekuatan dan semangat kepada kita semua untuk meneruskan tugasan yang mulia ini sebagai bekalan menghadapi hari akhirat kelak !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s