PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Perginya Sebutir Mutiara PASTI

2 Comments

11 Safar 1432 H – Sabtu, 15 Januari 2011

Jam 3.50 petang kami menerima suatu berita sedih. Hajah Asmah Tukiran, mantan Timbalan Pengerusi MGP Malaysia dan mantan Pengerusi MGP Perak telah meninggalkan kita buat selama=lamanya.

Almarhumah meninggal dunia kira-kira jam 3.45 petang di wad ICU Pusat Perubatan Pantai Puteri, Ipoh setelah terjatuh di rumahnya pagi tadi.

Semoga keluarganya tabah dan sabar menerima ketentuan ALLah ini. Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia merakamkan ucapan takziah dan amat bersimpati dengan pemergian Almarhumah. Budi dan jasanya tetap terpahat di dalam ingatan setiap warga PASTI. Moga ALLah masukkan roh ALLahyarhamah ke dalam golongan hambaNya yang beriman, para syuhada’ wal ‘amilin

Keramahan dan budi Almarhuhamah sentiasa di hati kami,

Kenangan bersama Almarhumah  sewaktu perasmian Rumah PASTI Perak

Kami tiba di rumah Almarhumah jam 6.15 petang. Kami diberitahu bahawa jenazah akan tiba sebentar lagi. Kami menunggu hingga jenazah selesai dibaringkan di atas katil ruang tamu rumahnya.

Selepas itu kami bertahlil. Ustaz Latif, mantan Naib Ketua DPP Bagan Serai memimpin bacaan tahlil. Sayu hati mengaminkan doa dalam Bahasa Melayu yang diucapkan oleh AF Ustaz Latif.

Selesai sesi itu kami mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengkembumian esok daripada suami dan menantu Almarhumah. Kami beredar dari situ tepat jam 7.00 malam, Esok dengan izin ALLah kami akan ke sini lagi untuk menemankan Cikgu Azrin dan rombongan dari ibu kota.

Khemah hadapan rumah
Ketibaan Jenazah

Usungan Jenazah

Tahlil Kami
Doa Tulus kepada Ilahi

Ahad, 12 Safar 1423 H – 16 Jan. 2011

Rombongan kami tiba di rumah ALLahyarhamah tepat jaqm 10.00 pagi. Kami terus berjumpa suami Kak Umi dan menyampaikan ucapan takziah PASTI Malaysia kepada beliau sekeluarga.

Setelah berada di situ hampir satu jam, kami terpaksa ke Kuala Lumpur kerana ada urusan penting jam 2.00 petang nanti. Sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Malaysia telah disampaikan oleh Cikgu Azrin terus kepada suami ALLahyarhamah.

Cikgu Azrin bersama Suami Allahyarhamah
Ahli Ziarah Muslimin
Cikgu Azrin menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Malaysia kepada Suami ALlahyarhamah Hajah Asmah


2 thoughts on “Perginya Sebutir Mutiara PASTI

  1. Al-Fatihah kepada Ummi…

    Ummi, bersemadilah dengan tenang di sana. Pahala yang tidak putus-putus sedang mencucurimu bersama rahmat dan kasih sayang kami semua…

    Ummi tidak berkelulusan tinggi, tetapi ilmunya telah membawa ana sehingga ke sini. Terima kasih ummi. Kami juga akan menyusulmu di sana.

    Dengan linangan air mata, ana menitipkan doa buatmu.

    Sayang ummi. Al-Fatihah.

    Anak muridmu yang jauh di perantauan…

    Muhammad Fazdhly Abdul Muttalib
    PASTI Nurul Islam Taman Meru 1993 – 1994
    London 16 Januari 2011

  2. Salam takziah.Sayu hati ketika mendapat berita pemergian Umi.Meskipun mengenali Allayarhamah dalam waktu yang singkat yakni ketika Allahyarhamah berkunjung ke Tawau , Sabah sempena Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia.Namun sifat Allahyarhamah yang begitu penyanyang membuatkan kami di Tawau sentiasa mengingati beliau.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s