PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Rumah Dua Pelajar PASTI Bagan Serai Hangus Dijilat Api

Leave a comment

Pagi ini kami terima berita sedih daripada Sdr Azraie, Pengerusi PASTI Bagan Serai.

Berita ihsan daripada adun semanggol.blogspot,com

HABIS HANGUS SEMUANYA……!!!!

YB Ramli dan isteri Ustazah Latifah berasa sedih apabila melihat keadaan rumah Ustazah Asmah Bt Mat Kahar,33 ( Ibu kepada dua orang murid PASTI Bagan Serai )yaang hangus sepenuhnya dijilat api petang semalam.Pagi ini,kunjungan YB Ramli dan isteri disambut oleh Penolong Kanan Maahad Ar-Ridwaniah,Encik Mohd Shahidan B Darus.Menurut Ustazah Asmah,kejadian itu berlaku kira-kira pada pukul 245 petang semalam selepas menerima panggilan dari adiknya.Ketika itu dia baru saja sampai di tempat kerjanya iaitu di Sekolah Rendah Agama Nurul Hidayah,Bagan Serai.Punca kebakaran masih disiasat.Rumah Ustazah Asmah terletak di dalam kawasan Maahad Ar-Ridhwaniah,Telok Medan.
Sedikit sumbangan dari PAS Kawasan Bagan Serai dan juga sumbangan peribadi telah disampaikan oleh isteri YB Ramli,iaitu Ustazah Latifah kepada Ustazah Asmah.Oleh itu,YB Ramli merayu kepada pihak yang prihatin untuk membantu Ustazah Asmah sekeluarga memandangkan dia kini tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa menumpang di rumah adiknya.Tambahan pula Ustazah Asmah telah ketiadaan suami kira-kira hampir setahun yang lepas dan kini dia terpaksa menyara anaknya seramai 3 orang.Sebarang bentuk sumbangan samada wang ringgit,makanan atau pakaian amat dialu-alukan.

Jabatan PASTI Perak mengucapkan takziah kepada Ustazah Asmah dan mendoakan supaya beliau tabah serta sabar menghadapi dugaan. Bantuan Tabung kebajikan PASTI Malaysia akan disalurkan secepat mungkin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s