PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Perasmian Rumah PASTI Perak – D Day

Leave a comment

101010 – 10 pagi.

 

Perasmi dll di atas pentas

 

 

Ketibaan Perasmi

 

 

Di Pentas Perasmian

 

 

 

Tanda tangan plak

 

 

Potong riben

 

 

Tandatangan buku lawatan

10.10.2010 – 10 pagi – Ahad

Padanan tarikh dan waktu yang amat mengujakan.

Majlis bermula tepat mengikut masa dan tarikh keramat itu ! Alumni PASTI tahun 1986 yang kini bertugas sebagai pensyarah, Sdr Abdul Jabar Kahar telah memperdengarkan bacaan Al-Quran Surah Luqman yang berjaya memukau para tetamu sebagai pembuka majlis memohon keberkatan Yang Maha Kuasa.

Cikgu Hashan Aladi, Pengarah PASTI Perak mengawali majlis dengan menyampaikan kata-kata aluan selaku tuan rumah. Rentetan usaha pembelian rumah ini dengan sokongan segenap warga PASTI Perak diceriterakan oleh Cikgu Hashan.

Agenda perasmian diteruskan dengan selingan madah yang begitu bertenaga oleh pengerusi majlis pada pagi itu, AF Ustaz Marul Hairi. Ketua Pemuda PAS Perak, AF Ustaz Zawawwi Hassan menyampaikan ucapan aluan mewakili DPP dan Badan Perhubungan PAS Perak. Tazkirah dan penjelasan berkaitan tugas mendidik yang dilakukan oleh Jabatan PASTI Perak telah dapat memberi pengetahuan kepada yang baru.

Tiba giliran Ketua Pengarah Jabatan PASTI Malaysia, Cikgu Azrin menyampaikan ucapannya. Beliau mengucapkan tahniah kepada Jabatan PASTI Perak di atas komitmen dan kesungguhan merealisasikan hasrat Jabatan PASTI Malaysia sejak s004 lalu untuk PASTI negeri-negeri memiliki premis sendiri. Beliau juga turut mengimbau perkenalan dengan Cikgu Hashan yang telah membuahkan banyak idea pemilikan premis sendiri yang telah diterjemahkan oleh PASTI Kawasan Tawau Sabah sewaktu bertugas di sana dahulu. Cikgu Azrin juga mengharapkan enrolmen murid PASTI di negeri akan terus meningkat.

Seterusnya tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu acara kemuncak perasmian. AF Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS memberikan tazkirah dan  ucapan perasmian. Isi ucapan beliau mengandungi mesej yang jelas tentang penglibatan elemen PAS dalam proses pentarbiyahan ummah di negara ini. Beliau juga secara berseloroh mengucapkan tahniah kepada PASTI Perak kerana satu-satunya PASTI di dalam dunia yang telah berjaya memiliki bangunan sendiri tanpa berhutang ! 

 

Gimik Perasmian

 

Majlis perasmian turut dihadiri oleh AF Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir dan Ahli Jawatankuasa Harian, Dewan Pemuda PAS Perak. Mantan Pengarah PASTI Perak 97 – 99, Cikgu Abidin Sharif turut hadir bersama setiausahanya Cikgu Kahar.

Sekalung tahniah kepada jawatankuasa pengelola yang diketuai oleh Sdr Mohd Hadri, Setiausaha PASTI Perak kerana telah berjaya mengatur persiapan yang begitu rapi dan memberansangkan ! Jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu terutama kepada MGP Perak dan MGP Tambun. Semoga ALLah meneguhkan kita di atas jalan perjuangan ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s