PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Takziah – Al-Fatihah . . . .

Leave a comment

Rabu, 14 Julai 2010 – 02 Sya’ban 1431 H.

Tiap-tiap yang hidup pasti akan merasai mati . . . .

Hari ini dua warga PASTI Perak telah menyahut panggilan Ilahi meninggalkan dunia yang fana’.

Pertama suami kepada Puan Fazliana bt Haji Fahme, guru PASTI Kawasan Gopeng. ALLahyarham meninggal dunia di Hospital Ipoh, malam tadi kira-kira jam 8.30.

Cikgu Fazliana bt Haji Fahme

Kematian kedua, ALLahyarhamah Cikgu Midal bt Mansor ( Tokoh Guru PASTI Perak 2006 ) yang meninggal dunia kira-kira jam 4.00 petang tadi di Klinik Kesihatan Bagan Serai. Jenazahnya akan dibawa ke rumahnya di Parit Gabis.

Urusan sembahyang jenazah dan pengkebumian akan disempurnakan pagi esok mulai jam 11.00 pagi di Masjid Tinggi, Bagan Serai. 

Semoga ALLah mencucuri rahmat ke atas roh kedua-duanya. Seluruh  warga PASTI Perak turut berkongsi kesedihan dengan keluarga ALLahyarham dan ALLahyarhamah. Didoakan semoga ALLah menggolongkan keduanya ke dalam golongan hambaNya yang beriman. 

Harapan kami agar keluarga yang ditinggalkan tabah dan sabar mengharungi dugaan daripada Yang Maha Berkuasa.

 

Rombongan PASTI Perak menziarahi Ustaz Rahmat Husin, suami ALLahyarhamah Midal.

 

 

                                                                                                                                                                                           

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s