PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Sehari Bersama Pengarah PASTI Perak

Leave a comment

Sabtu 16 Jumadilawal 1431H – 01 Mei 2010.

Sewal jam 8.30 pagi telah bersedia di Gelanggang MP3.

Selesai perasmian pada jam 11.00 pagi. Terus ke Naina Restoran lalu mempengerusikan mesyuarat Harian PASTI Perak

Baju Baru

Habis mesyuarat ke MP3 semula dan berada di sana hinggalah ke majlis penutup dan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang Pesta Bola PASTI Perak 2010.

Hujan turun sangat lebat sebaik sahaja majlis selesai.

Perjalanan diteruskan ke Parit kerana ada temu janji dengan keluarga tiga murid PASTI An-Nur yang kematian bapa bulan lepas.

Selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Pekan Parit, terus ke rumah keluarga malang itu yang terletak bersebelahan dengan Bait Al-Amin.

Di sana, nenek dan bapa saudara tiga murid itu telah sedia menunggu.  Tiga murid itu tiada di rumah kerana pergi ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga.

Pengarah & Nenek

Sumbangan Ikhlas TKP

Selepas berada di situ lebih kurang setengah jam, kami 1mengundur diri selepas menyampaikan sumbangan TKP sebanyak RM1000/. Mudah-mudahan keluarga itu tabah mengharungi hidup dan istiqamah dengan pendidikan PASTI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s