PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

KURSUS ASAS PRA PERGURUAN 2008

Leave a comment

 

Ipoh : Pusat Asuhan Tunas Islam Perak (PASTI) baru-baru ini telah berjaya mengadakan Kursus Asas Praperguruan bagi guru pelatih yang bermula pada 16 hingga 20 Disember 2008.Kursus itu telah diadakan di Sekolah Rendah Tarbiyyah Islamiah( SRATI ) Hulu Kinta Perak.

Kursus ini adalah mengikut kurikulum latihan baru yang telah disediakan oleh Jabatan PASTI Pusat.IKursus ini mempunyai dua peringkat bagi kursus  asas dan satu peringkat  bagi kursus persijilan.Selepas menjalani keseluruhan peringkat kursus guru-guru pelatih ini akan menjalani latihan mengajar selama dua minggu dan barulah diiktiraf sebagai guru PASTI yang bertauliah.

Seramai 74 guru pelatih termasuk 10 orang dari PASTI Negeri Perlis telah menyertai kursus pada kali ini..Sebanyak 30 pembentangan kertas kerja telah disampaikan selama kursus dijalankan.Seramai 9 penceramah yang bertauliah telah diamanahkan untuk menbentangkan tajuk-tajuk berkaitan kursus ini. Para peserta kursus menyatakan kepuasan selama menjalani kursus kerana banyak perkara dan maklumat yang amat berguna dapat dipelajari.

Harapan pengarah kursus, yang juga merupakan Ketua Unit Latihan Perguruan PASTI Perak agar guru-guru pelatih yang telah menjalani kursus dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Beliau juga mahu guru-guru pelatih bersedia untuk dipanggil semula bagi menjalani kursus asas peringkat kedua yang dijadualkan akan diadakan pada bulan Jun 2009. Pada hari akhir kursus guru-guru pelatih telah diberikan sijil tamat kursus asas peringkat pertama yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datin Seri Fatimah Binti Taat, isteri kepada Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.    

Guru menerima sijil KAPP

Guru menerima sijil KAPP

Sebahagian Guru KAPP

Sebahagian Guru KAPP

 

Guru sedang mendengar kuliah

Guru sedang mendengar kuliah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s