PASTI NEGERI PERAK

Pusat Asuhan Tunas Islam Negeri Perak

Hari Anugerah Cemerlang Pasti Perak 2008

Leave a comment

 

Ipoh : Persekitaran Sekolah Agama Tarbiyyah Islamiah, Hulu Kinta sekali lagi dibanjiri oleh murid-murid , ibubapa , guru-guru dan pegurus-pengurus PASTI unit dalam satu program Hari Anugerah Cemerlang PASTI Perak 2008.

 Sebelum program tersebut dijalankan suatu ujian telah djalankan bagi memilih murid terbaik PASTI Perak.Ujian pemilihan ini telah disertai seramai 20 murid enam tahun dan 20 murid lima tahun yang mewakili kawasan-kawasan yang ada di negeri Perak..Soalan peperiksaan telah disediakan oleh Bahagian Peperiksaan, Jabatan  PASTI Malaysia. Murid-murid PASTI diberikan masa selama satu jam untuk menjawab soalan yang disediakan.

Hari Anugerah Cemerlang ini telah dirasmikan oleh Datin Seri Fatimah binti Taat  isteri kepada Menteri Besar Perak.Di dalam ucapannya,  beliau menyampaikan tahniah kepada semua penerima anugerah yang terpilh dan berharap majlis ini dapat merangsang  semua pihak yang terlibat untuk terus meningkatkan  kesungguhan dan keikhlasan berkerja agar PASTI terus cemerlang.

Ucapan Datin Seri Hajjah Fatimah

Ucapan Datin Seri Hajjah Fatimah

 Hari anugerah cemerlang  ini juga telah diserikan dengan persembahan oleh kumpulan nasyid, bercerita dan hafazan Al-Quran yang telah berjaya memenangi tempat pertama di dalam pertandingan Ihtifal peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Kedah baru-baru ini.

 Terbaik 5 Tahun

Terbaik 5 Tahun

Terbaik 6 Tahun

Terbaik 6 Tahun

Beberapa kategori anugerah telah disampaikan pada majlis tersebut. Bagi anugerah murid cemerlang PASTI Perak  6 tahun telah disandang oleh adik Nurina Hadirah bt. Shamsul Azman daripada PASTI Al-Munawarah, Kawasan Parit yang mendapat markah 92%. Bagi kategori 5 tahun, adik Muhammad Hafiy bin Salleh Kamil dari PASTI Nurul Islam, Kawasan Kuala Kangsar telah terpilih sebagai murid terbaik PASTI Perak setelah mendapat tempat pertama dengan markah 87%..

 Bagi kategori pertandingan 3K( kebersihan,keceriaan dan keselamatan ) johan telah dianugerahkan kepada PASTI Al-Munir Taiping. Majlis Guru PASTI Parit Buntar pula telah dianugerahkan Pengurusan MGP Terbaik PASTI Perak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s