Soalan Percubaan – Kursus Perguruan PASTI

28 Safar 1433

Khas untuk guru-guru PASTI yang telah menghabiskan kursus peringkat asas dan sijil.

Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan soalan-soalan percubaan bagi peperiksaan akhir kursus perguruan PASTI awal Mac nanti.

http://www.box.com/embed/2fp3qn6sbnqjqur.swf

http://www.box.com/embed/rc82klnb82zph76.swf

http://www.box.com/embed/0rurxrruanp4be1.swf

Tinggalkan komen »

Anugerah Kelahiran via Kursus PASTI Perak

28 Safar

Kursus kali ini benar-benar mencatat sejarah manis bagi PASTI Perak. Seorang peserta kursus KAPP 2, Cikgu Jumani daripada PASTI Kawasan Tambun selamat melahirkan seorang bayi di Hospital Ipoh awal pagi ini.

Sebelum ini, Cikgu Jumani dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dari Kompleks PAKAT kira-kira jam 2 petang kelmarin kerana telah menunjukkan tanda-tanda bersalin. Suaminya telah memindahkan Cikgu Jumani ke Hospital Ipoh kerana berhampiran dengan kediaman mereka.

Syukur kepada ALLah SWT kerana telah memudahkan segala urusan Cikgu Jumani. Jabatan PASTI Perak mengucapkan tahniah kepada Cikgu Jumani sekeluarga !

Syukur dan Tahniah !

Komen (2) »

Hot News !

27 Safar 1433

Jabatan PASTI Negeri Perak mendapat seorang Pengarah PASTI yang baru berkuatkuasa mulai 17 Januari yang lalu. Haji Hasan Ahmad, Pengarah PASTI Perak sebelum ini terpaksa melepaskan jawatan yang telah disandangnya selama hampir lapan tahun itu untuk menumpukan tugas sebagai Ketua Pengarah JP PASTI Malaysia setelah menerima perlantikan jawatan tersebut Jun 2011.

Dewan Pemuda PAS Perak telah bersetuju melantik Saudara Mohd Azhari Yahya untuk menerajui kepimpinan PASTI Perak bagi meneruskan tugas cemerlang yang telah dilaksanakan oleh Haji Hasan sebelum ini. Beliau merupakan Timbalan Pengarah PASTI Perak merangkap Pengerusi PASTI Kawasan Tanjung Malim.

Seluruh warga PASTI Perak mengucapkan tahniah di atas lantikan ini dan akan memberikan komitmen padu kepada Saudara M Azhari !

Kepada Haji Hasan, jutaan terima kasih kami ucapkan dan kami pasti akan merindui segala nasihat dan panduanmu ! Pintu rumah PASTI negeri Perak sentiasa terbuka untuk terus menerima tunjuk ajar dan taujihat beliau.

Mempengerusikan Mesyuarat Harian Pertama 2012

Pengarah & Ust Najib

Tinggalkan komen »

Kursus PASTI Perak 2012

26 Safar 1433

Seperti biasa, Jabatan PASTI Negeri Perak memanfaatkan cuti panjang untuk menjalankan kursus kepada guru-guru PASTI. Mengikut rutin kursus kali ini adalah KAPP 2 dan KSPP 2. Syukur kepada ALLah kerana peratusan bilangan peserta kursus yang istiqamah semakin meningkat. seramai 61 orang guru-guru PASTI seluruh negeri berkampung di Kompleks PAKAT sejak semalam sehingga hari Isnin nanti.

Tahniah kepada semua kerana telah membantu menjayakan kursus ini.

Suasana Kuliah KSPP 2

Suasana Kuliah KAPP 2

Para Peserta KSPP 2 sempat bersantai di Lembah Sayong, Kuala Kangsar memnuhi sebahagian slot kursus.

Posing Penceramah & Urus Setia Kursus

 

Tinggalkan komen »

Sebaik-baik Perbekalan Adalah Taqwa

20 Safar 1433

Suasana di Rumah PASTI Perak agak tenang. Edaran perbekalan PASTI 2012 telah bermula sejak dari awal pagi lagi. Semasa perbekalan kali ini saudara Ridhuan telah mendapat bantuan dua orang anak muda dari kawasannya. Mereka telah bertungkus lumus membantu untuk mengira setiap item perbekalan yang diperlukan oleh kawasan-kawasan di negeri Perak ini. Setelah siapĀ  jumlah itu dipastikan, barulah pembantu pejuang PASTI kawasan masing-masing diluluskan mengambil item tersebut untuk dimuatkan di dalam pengangkutan masing-masing. Bila telah lengkap semuanya, barulah boleh pulang ke kawasan untuk diagihkan ke unit-unit PASTI masing-masing.

Rutin PASTI begitulah adanya. Saban tahun itulah jerih perih, penat lelah pengurusan PASTI setiap kali sesi persekolahan bermula. Susah manapun pengurusan berbekalan PASTI, matlamatnya sama. Mencari redha Allah S.W.T. dan memastikan PASTI sentiasa di sanubari ibu bapa di luar sana sedaya yang mampu. Harapannya agar anak-anak murid yang dididik di PASTI mampu pula menjadikan taqwa sebaik-baik bekalan sama ada kehidupan di dunia mahupun akhirat. Semoga kesusahan dan kepayahan selama ini menjadi bukti untuk dipersembahkan di hadapan Allah di hari akhirat kelak seterusnya menjadi benteng kepada api neraka wal’iyadzubillah.

Rakaman kesusahan ini tiada dapat disediakan dalam bentuk visual kerana insan yang memegang amanah alpa untuk mengiringkan bersama-sama lensa tercintanya. Bayangkan sahaja di dalam minda.

Tinggalkan komen »